MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar

"Anak muda hari ini tidak boleh hanya menjadi penonton dalam arena politik, sebaliknya mereka perlu bangkit sebagai pemikir, perancang dan pelaksana yang mampu mencorakkan masa depan Malaysia.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan UMNO yang sebenar.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah itu adalah sebuah institusi yang bukan sekadar wadah pembelajaran politik, tetapi medan untuk membentuk roh dan jiwa perjuangan dalam kalangan generasi muda.

“Kita mahu membina kepimpinan yang bukan sekadar mahir berpidato atau menguasai teori, tetapi benar-benar mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing yang tinggi tanpa mengabaikan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya percaya bahawa usaha ini adalah satu langkah strategik dalam memastikan UMNO terus relevan dan kekal sebagai tunjang politik negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata sebagai permulaan, 50 peserta perintis dipilih untuk mengikuti program di sekolah berkenaan, dengan modul latihan dirangka secara holistik merangkumi aspek pemikiran kritis, kepimpinan strategik dan pemahaman mendalam terhadap perjuangan UMNO.

Beliau berkata modul berkenaan akan terus dikembangkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan dalam membentuk generasi pemimpin yang cerdas, berani dan berkeyakinan tinggi untuk menggalas tanggungjawab besar dalam meneruskan obor perjuangan parti.

Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinan bahawa dengan kesungguhan, disiplin dan semangat perjuangan yang tinggi, Sekolah Patriotik UMNO akan menjadi batu asas kepada kebangkitan generasi baharu bagi membawa parti itu ke mercu kejayaan lebih gemilang.

“Anak muda hari ini tidak boleh hanya menjadi penonton dalam arena politik, sebaliknya mereka perlu bangkit sebagai pemikir, perancang dan pelaksana yang mampu mencorakkan masa depan Malaysia.

“Melalui Sekolah Patriotik UMNO, kita membuka ruang seluas-luasnya kepada generasi muda untuk menyumbang idea, berdiskusi secara terbuka serta menjalani latihan kepimpinan yang akan memperkasa keupayaan mereka sebagai pemimpin masa hadapan,” katanya.

Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang serta seluruh pasukan kerana berusaha memastikan kejayaan penubuhan Sekolah Patriotik UMNO berkenaan.

# Tag
Berkaitan

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas