BERITAKemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

“Saya percaya kerosakan ini lebih besar daripada Los Angeles terkena senjata nuklear. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Tiada apa yang berdiri.

WASHINGTON –  Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membandingkan kemusnahan akibat kebakaran besar di Los Angeles dengan serangan nuklear, lapor portal berita RT kelmarin.

Beliau memberi amaran, jumlah kematian dijangka meningkat susulan kebakaran hutan itu  yang bermula minggu lalu.

Trump turut mengkritik kepimpinan California, khususnya gabenor negeri itu, Gavin Newsom selain menyatakan, kesilapan tadbir urus telah memburukkan lagi krisis tersebut.

Kebakaran hutan di selatan California itu meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa, memusnahkan lebih 16,000 hektar kawasan bersama lebih 12,000 bangunan serta meratakan seluruh kejiranan.

Dalam temu bual bersama portal berita Newsmax, Trump berkata, pasukan penyelamat akan menemui banyak  lagi mayat dalam masa terdekat. Beliau juga menyuarakan rasa keliru terhadap skala kemusnahan begitu besar di Los Angeles.

“Saya percaya kerosakan ini lebih besar daripada Los Angeles terkena senjata nuklear. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Tiada apa yang berdiri,” kata Trump.

Beliau mendakwa bahawa malapetaka itu jauh lebih buruk daripada yang apa yang dilihat di kaca televisyen.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Retorik perang Iran: Mengapa strategi Trump bakal menjadi bencana

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami