MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Premis langganan pelacur serendah RM60 diserbu pihak berkuasa

"Hasil serbuan, seramai 17 warga asing termasuk 14 wanita dan tiga warga tempatan berusia antara 30 hingga 65 tahun ditahan.

KUALA LUMPUR: Menawarkan khidmat pelacuran pada waktu pejabat kepada lelaki tempatan dan warga asing.

Premis pelacuran beroperasi dari 9 pagi sehingga 5.30 petang itu dikesan menyediakan wanita warga asing dengan mengenakan bayaran serendah RM60 kepada setiap pelanggan.

Malah, premis beroperasi di tingkat atas sebuah rumah kedai di Jalan Pudu di sini, turut dikawal rapi oleh penjaga di bahagian bawah bangunan selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal pergerakan pelanggan.

Seorang wanita warga Indonesia mahu dikenali Yasmine, 33, berkata, dia masuk ke negara ini pada September lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum bekerja di premis berkenaan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pembantu pejabat di negara asal namun gaji yang diterima amat rendah, jadi saya memilih untuk bekerja sebagai pelacur dengan pendapatan lebih tinggi.

“Pelanggan yang datang ke sini akan dikenakan bayaran RM60 bagi setiap sesi dan sehari saya menerima kira-kira 10 orang pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Seorang lagi wanita warga Indonesia mahu dikenali Amil, 39, mendakwa baru beberapa bulan bekerja di premis berkenaan selepas berhenti kerja sebagai pembantu restoran.

“Bayaran diterima daripada pelanggan akan dibahagi dua antara saya dan majikan.

“Saya terpaksa bekerja di sini kerana sudah berpisah dengan suami dan perlu menanggung anak yang sedang menyambung pengajian di Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya menjalankan operasi di sekitar Kuala Lumpur dengan menyerbu dua premis pelacuran yang disyaki menggaji wanita warga asing.

Beliau berkata, serbuan dilakukan kira-kira 5 petang di dua premis di Jalan Pudu dan Jalan Tun Razak, di sini.

“Hasil serbuan, seramai 17 warga asing termasuk 14 wanita dan tiga warga tempatan berusia antara 30 hingga 65 tahun ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Indonesia; Vietnam (4); Bangladesh (3) dan India (1). Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, Wan Mohammed Saupee berkata, pihaknya turut menjalankan serbuan di sebuah kilang percetakan di Kepong, di sini, yang disyaki menggajikan pekerja warga asing.

Hasil serbuan itu, katanya, seramai lima warga asing termasuk empat wanita dan seorang lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun ditahan.

Kata beliau, kesemua ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani