MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Cadangan usir rakyat Palestin ‘tidak waras’, bertentangan piagam, konvensyen antarabangsa – Mohamad Hasan

“Apabila ini berlaku, maka keamanan dan kestabilan yang dahulunya dilakukan seperti (menerusi) perjanjian multilateral dan bilateral, kini bergoncang dan bergolak.” - Mohamad Hasan

Malaysia menyifatkan cadangan untuk mengusir secara paksa rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza sebagai sesuatu tindakan ‘di luar fikiran waras’ dan jelas bertentangan dengan konvensyen, piagam dan perjanjian antarabangsa.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu juga bertentangan dengan sokongan Malaysia serta masyarakat antarabangsa selama ini, selain melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan bahawa rakyat Palestin berhak memiliki negara yang merdeka.

“Pengumuman untuk mengusir rakyat Palestin adalah sesuatu yang kita kesali. Kita tegaskan bahawa pagi ini, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan mengusir secara paksa rakyat Palestin.

“Rakyat Palestin sendiri menegaskan mereka tidak akan berganjak dari tanah air mereka. Malaysia telah lama menyokong perjuangan Palestin, bukan hanya sejak semalam, tetapi sejak dulu lagi, untuk hak mereka mendapat sebuah negara merdeka. Oleh itu, cadangan tersebut jelas bertentangan dengan sokongan kita selama ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung reaksi Malaysia terhadap cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan AS akan ‘mengambil alih’ Semenanjung Gaza dan membangunkannya semula, tidak lama selepas mencadangkan penempatan semula penduduk Palestin secara kekal di luar wilayah itu.

Cadangan kontroversi Trump itu mendapat kecaman meluas, dengan banyak pihak menyifatkannya sebagai pembersihan etnik dan jenayah perang.

Mohamad berkata pendirian ASEAN juga tidak bersetuju sama sekali dengan cadangan itu yang jelas melanggar hak asasi manusia, piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, saya telah berbincang bersama-sama rakan sejawat ASEAN, dan kita tidak bersetuju dengan cadangan ini. Kita akan mengeluarkan kenyataan bersama ASEAN mengenainya,” katanya.

Beliau berkata 2024 merupakan tahun yang menyaksikan banyak pilihan raya diadakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Eropah, dengan keputusan pilihan raya tersebut banyak memihak kepada pihak berhaluan kanan (ultra-right).“Apabila ini berlaku, maka keamanan dan kestabilan yang dahulunya dilakukan seperti (menerusi) perjanjian multilateral dan bilateral, kini bergoncang dan bergolak,” katanya.

Mohamad menjelaskan bahawa beberapa negara dengan kerajaan baharu telah mengabaikan dasar luar yang telah dipersetujui sebelum ini, yang selama ini menjadi jambatan kepada hubungan dua hala dan pelbagai hala. Senario ini, menurut beliau, mencetuskan masalah geopolitik di peringkat global.

Sehubungan dengan itu, Mohamad berkata ASEAN perlu lebih mantap, kukuh dan bermuafakat serta kekal dengan dasar tidak memihak pada mana-mana blok bagi memastikan keamanan dan kestabilan serantau dapat dipertahankan.

BERITA berkaitan:

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani