Tidak pernah minta kekebalan tapi keadilan yang saksama – Najib

Najib turut memaklumkan beliau merupakan satu-satunya ‘ahli politik atau penggubahan wang haram’ yang telah memulangkan semula AS$620 juta

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah menuntut sebarang bentuk kekebalan, sebaliknya hanya mahukan kesaksamaan dan hak dilindungi di bawah undang-undang, sama seperti individu lain yang dibicarakan atas pertuduhan jenayah yang dihadapi.

“Saya hanya menuntut kesaksamaan, hak untuk diberikan perlindungan undang-undang sepertimana mana-mana individu lain yang dibicarakan sebelum saya.

“Oleh yang demikian, keputusan Yang Arif dalam kes ini akan memberi kesan yang melangkaui kedudukan saya sendiri, ia akan menentukan bentuk prinsip keadilan yang diamalkan di negara ini,” katanya ketika membaca kata-kata pengantar dalam kendang tertuduh sebelum hujahan diakhir kes pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Mahkamah Putrajaya.

Kata-kata pengantar itu disediakan oleh Najib sendiri semasa di Kompleks Penjara Kajang pada 26 September lalu.

Menurut beliau, keputusan hakim bicara dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dihadapinya akan memberi kesan yang melangkaui kedudukan beliau sendiri.

Sementara itu, Najib turut memaklumkan beliau merupakan satu-satunya ‘ahli politik atau penggubahan wang haram’ yang telah memulangkan semula AS$620 juta iaitu jumlah wang didakwa ‘suapan’ yang diperoleh.

Bahkah, sebelum pemulangan derma yang tidak digunakan itu, beliau sendiri telah menulis sepucuk surat kepada Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bagi mendapatkan kelulusan rasmi Bank Negara untuk pemulangan tersebut.

“Sesungguhnya adalah amat mengejutkan apabila, meskipun wujud gembar-gembur berhubung jumlah sebanyak AS$681 juta, keseluruhan jumlah tersebut masih belum pernah dibuktikan boleh dikesan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Lebih mengejutkan lagi ialah hakikatnya, bahawa saya sendiri telah memulangkan sejumlah AS$620 juta kepada akaun asal kerana dana tersebut tidak lagi diperlukan.

“Barangkali, sayalah satu-satunya ‘ahli politik atau penggubah wang haram’, yang telah memulangkan semula suapan yang diperolehi, dan barangkali juga yang pertama dalam sejarah telah memberikan notis terhadap wang ‘haram’ itu kepada Gabenor Bank Negara sendiri,” katanya lagi.

Selanjutnya, Najib memberitahu penelitian terperinci terhadap keseluruhan bukti adalah jelas menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah bergantung sepenuhnya kepada keterangan ‘dengar cakap’, dan telah dibantah oleh peguamnya kerana adalah jelas bahawa pihak pendakwaan tidak memenuhi prasyarat asas bagi penerimaan keterangan ‘dengar cakap’ bersifat prejudis.

Ini kerana, tiada sebarang usaha dibuktikan pihak pendakwaan untuk mencari mana-mana saksi berkenaan, sama ada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pegawai 1MDB, Terrence Geh Choh Heng.

Mengikut pertuduhan, Najib didakwa empat pertuduhan menggunakan kedudukan ketika itu bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkait suapan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Video thumbnail
Pening mat tengok double standard kerajaan sekarang.
01:26
Video thumbnail
Laju eh geng claim buat kerja?
02:01
Video thumbnail
Tindakan bekas MB yang tak nak sign proklamasi keputusan Undang Yang Empat tu melanggar Perlembagaan
01:26
Video thumbnail
4 - 5 Sen itu standard PH -- bukan standard BN Lebih 6 sen
01:30
Video thumbnail
Isu kerugian UiTM Holdings RM157 juta — fakta sebenar, atau sekadar propaganda politik?
01:29
Video thumbnail
Dah rugi RM830 juta, kena bayar lagi RM3.5 bilion... Mantaplah PH.
01:24
Video thumbnail
Zahid Hamidi Garis Formula 'AKAR', Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik
15:38
Video thumbnail
Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September
01:30
Video thumbnail
Sembang Telus, Tapi Minit Meeting Kena Sorok
01:29
Video thumbnail
Tindakan Tunku Mukriz memberhentikan barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan tidak berperlembagaan,
01:10
Video thumbnail
Eh PMX ngan penasihat, dah baca UUTKNS 1959 ke belum?
01:20
Video thumbnail
“Biadab” kata PM… tapi yang campur tangan siapa?
01:15
Video thumbnail
Anwar & Walanon jangan memandai² menuduh pihak lain biadap, tengok pada diri sendiri.
00:16
Video thumbnail
Daripada Bull Run terpanjang ke paras terendah ('Rock Bottom') sejak April 2018 - PMX sibuk menari.
01:49
Video thumbnail
Terima Kasih, Najib Razak
02:23
Video thumbnail
Perlembagaan. Bukan dengan perasaan dan statement politik kosong.
01:30
Video thumbnail
Tahanan rumah untuk DS Najib & Tabung RM50 Juta dilancarkan!
01:26
Video thumbnail
安华大哥(Brother Seri Anwar Ibrahim)关于电费的“甜蜜”承诺,如今已成追忆
01:00
Video thumbnail
Semaya "manis" tarif elektrik Brother Seri Anwar Ibrahim ke diatu semina tinggal nyadi kenang
01:00
Video thumbnail
Janji "manis" tarif elektrik Bro Anwar Ibrahim yang kini sekadar tinggal kenangan.
01:00
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Terkini

POLITIK

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

JENAYAH / MAHKAMAH

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

POLITIK

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

AM

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

POLITIK

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?