MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Tidak rela jadi ‘kambing hitam’, UMNO Pulai pertama lulus usul desak keluar kerajaan PN

“Jadi, adalah lebih baik untuk UMNO menimbang pilihan lain ( di luar PN) seperti kerjasama dengan PKR atau DAP untuk meraih sokongan bukan Melayu

Timbalan Pengerusi UMNO Johor Nur Jazlan Mohamed berkata, wujud gelombang kuat dalam parti, mahukan UMNO-Barisan Nasional segera keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya “bebas” menghadapi pilihan raya umum ke 15.

UMNO Pulai yang dipimpin oleh Nur Jazlan menjadi bahagian pertama dalam parti meluluskan usul sebulat suara supaya UMNO “menolak penyertaan dalam PN,” sekali gus mencetuskan PRU.

Usul itu diluluskan pada mesyuarat perwakilan bahagian Jumaat lalu.

Nur Jazlan percaya banyak lagi bahagian di seluruh negara akan turut meluluskan usul sedemikian pada mesyuarat perwakilan masing-masing yang bermula hujung minggu ini.

Beliau berkata sentimen dalam kalangan akar umbi parti semakin “menebal” bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal menangani isu rakyat serta tidak berupaya mengurus tadbir negara dengan baik, di tambah dengan tindak tanduk dan sikap buruk di kalangan pemimpin PPBM sendiri.

Beliau berkata ahli UMNO khuatir kegagalan PN itu akan dikaitkan sebagai “kegagalan kita bersama dan UMNO-BN akan dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan lagi.”

Nur Jazlan berkata atas kesedaran itu, UMNO Pulai mahukan pimpinan parti menamatkan sokongan kepada kerajaan PN selain mendesak pilihan raya umum diadakan “sekarang.”

“Justeru sampailah masa kita memisahkan diri dari kelompok ini (PN) dan terus berjuang dan bergerak sebagaimana sebelumnya di bawah panji-panji BN,” kata Nur Jazlan memetik usul yang diluluskan oleh UMNO Pulai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zakarshi sebelum ini berkata, “bukan rahsia lagi” bahawa 145 atau lebih dua pertiga ketua bahagian parti itu menolak kerjasama dengan PPBM pimpinan Muhyiddin yang menjadi tunjang PN.

Nur Jazlan berkata di Pulai dan lain-lain bahagian, akar umbi parti menolak PPBM selepas menyaksikan peri laku pemimpinnya bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan UMNO-BN menerusi pelbagai tipu daya dan fitnah pada PRU 14 sebelum mengkhianati PH sendiri 22 bulan kemudian.

Menurut usul yang di luluskan UMNO Pulai, parti itu mengenepikan rasa amarah, dendam dan sakit hati terhadap pemimpin PPBM berkenaan kerana mengkhianati UMNO-BN untuk menyokong penubuhan kerajaan PN atas dasar mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Bagaimanapun, 10 bulan selepas memerintah, kita nampak benar ketidak ikhlasan mereka, nampak jelas tipu muslihat mereka dengan cara senyap dan terang-terangan menekan UMNO dalam semua sudut yang mencerminkan sikap rakan kongsi yang tidak jujur,” menurut usul itu.

Nur Jazlan akur jika UMNO menarik balik sokongan terhadap PN, ia akan menyukarkan kerjasama antara parti itu dan PAS, menerusi Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, beliau berkata ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangkan UMNO-BN akan menanggung kerugian “jauh lebih besar” jika terus berada dalam kerangka PN.

Nur Jazlan berkata dalam keadaan sekarang, UMNO-BN dijadikan kuda tunggangan PN untuk mendapatkan undi Melayu, namun parti itu akan ditolak oleh pengundi bukan Melayu yang tidak mahukan PAS mahu pun PPBM.

“Mereka (PN) memerlukan UMNO-BN, lebih daripada kita memerlukan mereka. Tetapi kita akan menanggung kerugian jauh lebih besar kerana UMNO-BN memerlukan sokongan bukan Melayu yang terus yakin dengan kekuatan UMNO.

“Jadi, adalah lebih baik untuk UMNO menimbang pilihan lain ( di luar PN) seperti kerjasama dengan PKR atau DAP untuk meraih sokongan bukan Melayu,” kata beliau.

Apa yang jelas, menurut Nur Jazlan, ialah rekod lemah PN mengendalikan isu penting seperti COVID-19 dan prestasi menteri-menteri PAS berserta menteri besar Kedah yang kurang memberangsangkan memberi impak cukup besar kepada UMNO-BN sendiri jika ia terus bersama kerajaan sekarang.

“Justeru, pilihan raya umum harus diadakan segera untuk membetulkan keadaan dan tentunya, UMNO-BN tidak boleh kehilangan undi Melayu dan bukan Melayu. Tetapi inilah yang bakal berlaku jika kita terus berada dalam kerajaan PN sekarang ini,” kata beliau.

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara