MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Anggota Parlimen Termasuk Pembangkang Sokong Tabung Haji Tidak Jual Tanah TRX

“Dulu lain, sekarang lain”…itulah nada anggota Parlimen terhadap polemik tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) apabila rata-rata menyokong agar tanah seluas 0.63 hektar itu tidak dijual semula.

Beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu itu, termasuk bukan Islam berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata TH akan memperoleh keuntungan yang lebih sekiranya tidak menjual tanah berkenaan.

“Dari sudut perniagaan, tanah berkenaan akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, jika tidak dijual,” katanya ketika mencelah penggulungan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat, Isnin.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), yang turut menyokong cadangan tersebut, berkata pihak pengurusan TH sememangnya mempunyai kepakaran dalam perniagaan dan telah menjalankan amanah dengan sebaiknya sejak dahulu lagi. “Kita minta tanah ini jangan dijual kerana dalam perniagaan tanah, semakin hari disimpan semakin naik harga,” katanya.

Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pula berkata cadangan penjualan tanah itu sebelum ini dibuat berikutan persepsi politik.

“Kalau persepsi itu sudah tidak ada, apa kata menteri supaya tanah ini tidak dijual dan dipertahankan untuk pembangunan demi keuntungan lebih besar kepada Tabung Haji di masa hadapan,” katanya.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi); Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang); Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) turut menyatakan sokongan mengenai parkara itu.

Sokongan seumpamanya turut dinyatakan anggota Parlimen pembangkang Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji kerana membuat suatu pembelian menguntungkan.

“Isu Tabung Haji ini timbul kerana isu 1MDB pada masa itu, tiba-tiba Tabung Haji mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli tanah yang agak mahal, tetapi dengan penerangan yang diberikan mengatakan pembelian itu adalah agak murah jika dibandingkan tanah sebelahnya, maka itu perkiraan menguntungkan kepada Tabung Haji,” katanya.

Menyambut baik sokongan itu, Jamil Khir berkata beliau akan membawa perkara itu kepada anggota lembaga TH untuk menilai semula cadangan penjualan tanah berkenaan.

“Saya mendapat sokongan yang cukup luar biasa di mana kita dapat bergabung hari ini dan memberikan sokongan supaya Tabung Haji tidak menjual tanah tersebut dan saya mengambil perhatian tinggi,” katanya.

Beliau sebelum itu berkata Tabung Haji pada masa ini telah menerima tawaran pembelian tanah itu dan sedang mengkaji tawaran tersebut.

Katanya dalam penjualan tanah itu, TH tidak hanya mahu sekadar mendapat pulangan modal sebaliknya melihat keuntungan demi kebaikan pendeposit.

Tabung Haji sebelum ini dikecam hebat kerana membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ekoran itu, pada 9 Mei lepas, TH memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.

Berkaitan

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Terkini

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag
Berkaitan

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA