MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Seramai 20 Daripada 21 ADUN BN Kedah Dilapor Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah #signlah

jemaah-pemangku-sultan-kedah

ALOR SETAR — Seramai 20 daripada 21 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut seorang daripada ADUN yang hadir pada majlis itu, hanya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang tidak hadir pada majlis yang diadakan di Blok E bangunan berkenaan.

Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Sementara itu, petugas media tidak dibenarkan masuk ke Wisma Darul Aman dan hanya dibenarkan menunggu di luar pagar kompleks kerajaan negeri Kedah.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah tiba di Wisma Darul Aman pada 2.40 petang, diikuti seorang lagi anggota jemaah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah pada 2.55 petang.

Pengerusi jemaah itu Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah tiba pada pukul 3 petang.

Krisis politik di Kedah tercetus berikutan ADUN dan anggota Parlimen UMNO Kedah, dan pimpinan kanan UMNO negeri, yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada UMNO dan dua dari MCA, telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang tidak berbuat demikian.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran Menteri Besar.

Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu ialah Tunku Abdul Hamid yang juga Tunku Laksamana Kedah dan Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Tunku Panglima Besar Kedah.

Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Berkaitan

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00