MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Mukhriz Hilang Sokongan Majoriti, Letak Jawatan 10 Pagi Esok

Mukhriz tiba di kediaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, selepas Perdana Menteri mengumumkan pengguguran Muhyiddin dari barisan Kabinet

ALOR SETAR –  Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya akur untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah.

Menurut sumber SuaraTV yang rapat dengan istana mendedahkan, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang dipanggil menggadap untuk memberikan pengakuan.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap hari ini (2 Februari) dan semalam (1 Februari).

Secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti.

“Petang tadi ahli-ahli Jemaah (Pemangku Sultan Kedah) berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang telah dipanggil untuk mengadap.

“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan dengan kepimpinan Mukhriz dan menegaskan kenyataan tersebut dibuat secara sukarela tanpa ada sebarang paksaan dari mana-mana pihak.

“Istana juga berkenan untuk mengadakan majlis angkat sumpah setelah pengumuman nama menteri besar yang baharu,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan identiti sebentar tadi.

Sumber tersebut turut menjelaskan Mukhriz telah memanggil semua para pegawainya untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Ketika ini Mukhriz sedang mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama para pegawainya di kediaman rasmi menteri besar di Sri Mentaloon untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya juga difahamkan Mukhriz akan mengadakan satu sidang media khas esok bagi mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya esok pada jam 10.00 pagi,” ujarnya lagi.

Menurut sumber itu juga, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Abu Bakar Din dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung nama yang telah diperkenan oleh Majlis Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengumumkan nama yang telah diperkenan oleh anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebagai menteri besar yang baharu esok pagi dalam satu sidang media khas.

“Saya juga difahamkan majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan pada sebelah pagi, hari Khamis di istana Anak Bukit,” katanya lagi.

Sementara SuaraTV ketika memetik sumber pejabat menteri besar yang dihubungi sebentar tadi enggan mengulas lanjut namun tidak menafikan laporan tersebut.

“Kami tak nafikan namun buat masa ini enggan memberikan sebarang komen, biarlah tuan punya badan yang memaklumkan mengenainya.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Datuk Seri (Mukhriz) untuk memberikan sokongan moral terhadap beliau,” katanya lagi.

Terdahulu Mukhriz turut membatalkan mesyuarat Exco pada yang kebiasaanya diadakan pada setiap hari Rabu di Wisma Negeri.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi.

“Ditangguh,” katanya ketika dihubungi wartawan Bernama menerusi Whatsapp malam ini tanpa menyatakan sebarang sebab kenapa ia terpaksa ditangguhkan. – SuaraTV

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00