Monday, January 6, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Mitos Bandar Malaysia pula terbongkar

Demikianlah kebenaran memerlukan masa untuk muncul. Kata pepatah Melayu, “nasi sudah menjadi bubur.

Jika anda mengikuti perkembangan politik negara sejak tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Bandar Malaysia merupakan satu daripada projek yang dikambinghitamkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Selain projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Bandar Malaysia adalah sebahagian mantera Pakatan Harapan bahawa BN telah melelong dan menggadaikan negara kepada China.

Bagi yang kurang jelas, Bandar Malaysia merupakan projek pembangunan baharu di atas tanah seluas 197 hektar di Sungai Besi. Tapak ini sebelumnya merupakan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur.

Pada permulaannya, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengambil alih tanah ini dengan kos lebih RM3 bilion. RM400 juta dibayar tunai kepada kerajaan dan sebanyak RM2.7 bilion diperuntukan 1MDB bagi pembinaan kem TUDM yang baharu di Sendayan, Negeri Sembilan dan pemindahan aset-aset sedia ada di Sungai Besi.

Jika anda masih ingat sebelum pilihan raya lalu, bekas Menteri, Rafidah Aziz, pernah bersumpah bahawa semua tanah Angkatan Tentera Malaysia, telah dijual kepada pihak swasta semasa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Jika telah dijual kepada swasta mengapa 1MDB perlu bayar kepada kerajaan dan menanggung kos pemindahan kem ini?

Bandar Malaysia dirancang sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu – hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia. Kawasan ini dijangka mewujudkan 200 ribu peluang pekerjaan baharu pada masa depan.

Bagi menjayakan agenda pembangunan ini, Bandar Malaysia direka letak sebagai pusat pengangkutan utama seluruh negara membabitkan Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan MRT, KTM Komuter, Airport Express Rail Link serta menghubungkan dua belas lebuh raya lain dan pusat kewangan baharu Tun Razak Exchange (TRX).

Bertentangan dengan cerita politik, pembangunan Bandar Malaysia adalah melalui bidaan sebagai rakan pemaju untuk saham berjumlah 60%. Manakala lebihan 40% ekuiti lagi dipegang oleh Kerajaan Malaysia.

Menurut CH Williams Talhar and Wong (WTW) sebanyak 12 syarikat telah menghantar cadangan untuk mengambil bahagian sebagai rakan pemaju bagi pembangunan Bandar Malaysia pada tarikh tutup bidaan, 28 Ogos 2015.

Disember 2015, Kerajaan mengumumkan pemilihan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd sebagai rakan pemaju Bandar Malaysia. Konsortium ini merupakan usahasama syarikat Malaysia Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang mempunyai 60% saham dan China Railway Engineering Corp (CREC) sebanyak 40%.

Rafizi Ramli dengan pantas menyambutnya dalam catatan menjelang tahun baru,

“Tahun 2015 adalah tahun jualan lelong harta negara. Semalam, tanah-tanah yang dulunya Kem Tentera Udara Sg Besi seluas 400 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur dijual lagi kepada konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China. Sebelum ini, aset strategik negara iaitu aset penjanaan elektrik juga dijual kepada syarikat milik Kerajaan China. Lelongan seterusnya ialah projek keretapi laju KL-Singapura berharga RM47 bilion. Saya jangka juga akan dianugerah kepada syarikat milik Kerajaan China. Terima kasih”

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mendakwa kerajaan telah menjual 60 peratus tanah Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika itu telah menafi dan memaklumkan bahawa “40% dari saham Bandar Malaysia masih dipegang kerajaan Malaysia. Daripada 60% yang kita jual kepada IWH dan China Railways, IWH memegang 36% dari jumlah 60% tersebut. Ini bermakna jika 40% dipegang Kementerian Kewangan dan 36% IWH, maka jumlah pegangan kerajaan dan rakyat Malaysia adalah 76%. Hanya 24% dipegang China Railways,”

Sudah tentu penjelasan Rahman ketika itu tidak dianggap sebagai kebenaran dan mantera kerajaan jual tanah kepada China terus berlarutan sehingga PRU14.

Namun seperti mana tidak benarnya dakwaan bahawa harga ECRL telah dinaikkan berkali ganda dari harga sebenar (lihat tulisan kolum ini pada 22 April 2019: “Mitos ECRL terbongkar” [1]), demikian jugalah mitos kononnya tanah Bandar Malaysia sudah tergadai kepada China.

Kini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan konsortium IWH-CREC yang memenangi tender untuk membangunkan Bandar Malaysia, sebenarnya adalah sebuah syarikat Malaysia.

“Kami (pada awalnya) beranggapan ia diberikan sepenuhnya kepada syarikat China. Apabila dilakukan siasatan, syarikat yang menjalankan kerja awal bagi Bandar Malaysia sebenarnya bukan syarikat China. Disebabkan itu, kami mengubah pendirian dan kami mahu mengembalikan semula Bandar Malaysia kepada syarikat yang pertama memenangi bidaan (IWH-CREC),” kata Dr Mahathir.

Agak-agaknya apa perasaan Rafizi Ramli, Shafie Apdal dan pemimpin Pakatan Harapan yang berkempen selama bertahun-tahun menyebarkan fitnah kononnya Bandar Malaysia sudah dijual kepada China untuk membayar hutang 1MDB Apakah Perdana Menteri hari ini berbohong juga?

(Sebahagian artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 5 Mei 2019: https://www.sinarharian.com.my/article/26715/KOLUMNIS/Memperincikan-mitos-Bandar-Malaysia?)

[1] Mitos ECRL terbongkar

Mitos ECRL terbongkar

https://pakdin.my/tag/bandar-malaysia

#Tag

Berkaitan

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Pelbagai pihak persoal hantaran berbentuk kiasan Fadhli Shaari

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Parti politik sering menghadapi kritikan dan seruan untuk berubah, dan adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan kebimbangan dan harapan mereka untuk masa depan.
POLITIK

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Tujuan sebenar Muhyiddin adalah untuk merosakkan kerajaan perpaduan, dan dia meragui Najib boleh menyatukan semua parti Melayu, melihatnya sebagai sekadar alat untuk menggugat kerajaan...
POLITIK

Pelbagai pihak persoal hantaran berbentuk kiasan Fadhli Shaari

Hantaran berbentuk kiasan yang dikongsi Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari di media sosial sejak malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemimpin politik...
NAJIB RAZAK

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Badan Perhubungan UMNO beberapa negeri akur dengan arahan dikeluarkan ibu pejabat parti itu supaya tidak meneruskan himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri...
HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!