Dr Mahathir Mohamad hari ini diberi taklimat tentang rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mungkin menyingkap skandal 1MDB.
Difahamkan Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya bertemu perdana menteri selama kira-kira 30 minit di Yayasan Albukhary pagi tadi.
Pada Rabu, SPRM mendedahkan 9 rakaman yang antara lain dikatakan suara bekas perdana menteri Najib Razak; isterinya, Rosmah Mansor; bekas timbalan pendakwa raya awam Dzulkifli Ahmad; dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan.
Latheefa berkata rakaman-rakaman itu belum ditunjukkan kepada Mahathir.