Menteri Kesihatan China Dr. Ma Xiaowei mebdedahkan beberapa berita yang sangat membimbangkan pada hari Ahad mengenai coronavirus Wuhan: Beliau berkata orang ramai boleh menyebarkan virus sebelum mereka menunjukkan simptom di jangkiti.
Penasihat veteran untuk agensi kesihatan Amerika Syarikat menyifatkan berita itu sebagai “game changer.”
“Apabila saya mendengar ini, saya fikir, ‘oh, ini lebih buruk daripada yang kami jangkakan.” Ia bermakna jangkitan itu lebih mudah menular daripada apa yang kita fikirkan,” kata Dr. William Schaffner, penasihat kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.
Schaffner menambah bahawa maklumat baru ini menimbulkan persoalan mengenai amalan AS saat ini untuk membendung virus sehingga tidak menyebar melampaui tiga kes yang telah di kesan di Washington, California, dan Illinois.
“Dengan mengandaikan bahawa Dr Ma betul, kita perlu menilai semula strategi kita, itu pasti,” kata Schaffner, pakar penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt.
Sekiranya Ma adalah betul – dan maklumat tentang virus ini sentiasa berkembang – selama kira-kira dua minggu, orang yang tidak tahu bahawa mereka dijangkiti boleh menyebarkan virus, yang telah membunuh lebih daripada 50 orang di China dan beribu-ribu yang dijangkiti.
Penyakit ini telah merebak sehingga ke Perancis, Kanada, dan AS yang terdapat tiga kes di California, Washington, dan Illinois.
Dalam satu taklimat akhbar pada hari Jumaat, Dr. Jennifer Layden, seorang ahli epidemiologi dengan Jabatan Kesihatan Illinois, berkata wanita dengan coronavirus Wuhan di negeri itu tidak sakit semasa dalam perjalanan dari Wuhan ke Amerika Syarikat pada 13 Januari, dan “berdasarkan apa kita tahu sekarang tentang virus ini kebimbangan kita untuk jangkitan sebelum menunjukkan simptom adalah rendah oleh itu ianya tidak menimbulkan kebimbangan.”
Dia menjelaskan bahawa para pegawai telah menjejak “hubungan terdekat” pesakit. Dia tidak menyebutkan menjejak jenis hubungan lain, seperti penumpang lain yang sama dalam penerbangan sama wanita itu pada 13 Januari. – CNN