BERITAPenerima BR1M Boleh Ambil Baucar Di Pejabat Daerah Atau Pejabat Pembangunan Negeri

Penerima BR1M Boleh Ambil Baucar Di Pejabat Daerah Atau Pejabat Pembangunan Negeri

Penerima BR1M Boleh Ambil Baucar Di Pejabat Daerah Atau Pejabat Pembangunan NegeriPenerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setelah mendapatkan baucar berkenaan, mereka perlu ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai.

Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, saya minta mereka mengisi borang rayuan dengan segera. Bukan mengisi borang permohonan tetapi borang rayuan yang disediakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di sini.

Beliau berkata orang ramai yang belum menerima maklum balas berhubung permohonan mereka diminta bersabar kerana pihak terlibat sedang menyediakan surat panggilan penyerahan baucar berkenaan.

Ahmad Husni berkata terdapat rungutan daripada pemohon bahawa mereka tidak mendapat maklum balas sama ada permohonan mereka diterima atau sebaliknya.

“Ia dalam urusan….kita ada masa sehingga 15 Mac ini untuk menjelaskan pembayaran bantuan itu dan bagi saya ia mengikut jadual,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami