BERITAANTARA DOA DAN HAJI

ANTARA DOA DAN HAJI

20100415-doa-nik-aziz

Setiap muslim digalakkan berdoa dan rukun Islam ke 5 menyatakan bahawa jika ada kemampuan kerjakanlah Haji di Mekah. Sebaliknya pula berlaku kepada 2 org muslim di Malaysia ini yg seorang ini amat gemar berdoa manakala yg seorang lagi mengerjakan Haji utk kafarrah dosa-dosanya yg lalu. Kita amat mengalu-alukan amalan kedua orang tersebut kerana mematuhi perintah Allah Ta’ala dan Rasul Nya. Sudah menjadi 1 adat kebiasaan amalan dlm budaya orang-orang besar kenamaan di rantau ini, utk menjadikan Tanah Suci dan ibadat Haji sbg kafarrah dosa-dosa mereka dan ada pemimpin tertinggi sebuah parti politik di Malaysia ini pernah membatalkan hasratnya utk mengerjakan Haji kerana berlakunya kontroversi mengenai ‘sumbangan ikhlas’ utk menajanya ke Mekah.

Baru-baru ini, orang no. 2 parti tersebut tlh mengeluarkan Sijil Perakuan Kafarrah Dosa secara lisan kpd seorang calon rakan kongsi politik mereka yg telah menunaikan ibadah Haji di Mekah bagi memadamkan segala dosa-dosa berkaitan dengan meminum arak. Peliknya, hanya dosa berkaitan meminum arak shj diberikan kafarrah tidak pula di sebotkan mengenai dosa-dosa yg lain. Mungkin kerana kuasa utk mengeluarkan Sijil Perakuan Kafarrah Dosa olh org no. 2 parti tersebut adalah bersyarat yakni hanya utk dosa-dosa meminum arak. Selebihnya mungkin di luar bidangkuasa orang no 2 tersebut. kalau begitu kta tertanya juga adakah Raqib dan ‘Atid kini di bawah perintah orang no. 2 itu dan telah menjadi ahli kpd parti tersebut? Sudah tentu tidak. Jadi jika tidak kenapa orang no. 2 parti tersebut berani berbuat demikian? Ini hanyalah 1 perbuatan untuk menghalalkan cara sahaja. Natijahnya, rukun Islam ke 5 menjadi pertaruhan. Amat menyedihkan sekali.

Kepimpinan tinggi PAS dan PKR seringkali mempergunakan antara satu sama lain sehingga menjadikan urusan agama itu seolah-olah satu senda gurauan dan boleh diperolok-olokkan dengan sesuka hati mereka. Mereka ini jugalah yg sering menuduh Barisan Nasional sbg penjarah agama dan mendidik pengikut2 mereka agar menjadi taksob melampau sedangkan tangan-tangan kiri mereka melakukan perkara-perkara yg jelas memperolokkan agama.

Budaya Melayu amat sinonim dengan Islam dan kerana itu kesopanan dan kesusilaan menjadi nilai yg tak terhingga.  Adakah dengan mempertarohkan doa dan rukun Islam ke 5 spt yg dilakukan olh mereka ini merupakan satu kesopanan dan kesusilaan dlm memertabatkan agama Islam? sudah tentu tidak! Ianya memberi gambaran serong mengenai doa dan ibadah haji seolah-olahnya mereka memberikan perakuan dan kebenaran dosa boleh dilakukan dgn sewenang-wenangnya krn boleh dikafarrahkan dgn mudah melalui ibadah haji. Lama kelamaan maksud dan tujuan murni ibadah haji itu akan bertukar menjadi lesen pembersihan dosa-dosa sedangkan yg dituntut adalah wajiblah umat Islam ini sentiasa menjauhi dosa-dosa hatta yg kecil dan besar utk membolehkan ibadah haji dikerjakan dengan sempurna dan diharapkan dengan kesempurnaan kerja-kerja haji tersebut maka imbalannya ialah dibersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekallah dlm keadaan demikian sehingga akhir hayat dan bukan spertimana yg difahamkan olh kedua org besar dan kenamaan tersebut.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami