BERITADokumen bocor tidak libat dokumen berdarjah, kata TLDM

Dokumen bocor tidak libat dokumen berdarjah, kata TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, dokumen yang didakwa dibocor dan dimuat naik ke portal “Dark Web” adalah “obsolete” dan tidak melibatkan dokumen berdarjah yang boleh menjejaskan kesiagaan dan operasi pasukan itu.

BACA SINI: Report: Sensitive Malaysian navy documents from hacked accounts leaked on Dark Web [https://pakdin.my/report-sensitive-malaysian-navy-documents-from-hacked-accounts-leaked-on-dark-web/]

Dalam satu kenyataan, Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur berkata, TLDM tetap menyiasat punca dan sumber ketirisan maklumat tersebut berlaku.

“Sehingga kini sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) TLDM dalam keadaan utuh di bawah pemantauan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).

“TLDM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

TLDM juga mengambil maklum berkenaan dokumen yang didakwa berlaku ketirisan di laman Dark Web.

Akbar The Straits Times (ST) Singapura melaporkan hari ini bahawa dokumen TLDM dilapor dibocor dan dimuat naik ke portal “Dark Web”.

Menurut laporan itu, dokumen berkenaan antara sejumlah maklumat berkaitan ketenteraan yang dicuri daripada pelbagai negara dan kontraktor pertahanan.

Ia termasuk dokumen milik tentera dan tentera udara Amerika Syarikat (AS) serta tentera laut Nigeria.

ST berkata, pihaknya memahami bahawa dokumen berkenaan bersumber daripada akaun e-mel anggota tentera yang digodam.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami