BERITAPolis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Adun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.

“Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di-Pertuan Agong.

“Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial.

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”.

Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu. ― Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Kerana Dadah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami