BERITADUNIAPM Bahrain meninggal dunia

PM Bahrain meninggal dunia

MANAMA: Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa, meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Al-Jazeera yang memetik Agensi Berita Bahrain melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).

Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu.

Sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami