PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.
[ads_color_box color_background=”#eee” color_text=”#ff0000″]Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.[/ads_color_box]
Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa serta meninjau keadaan di sana.
Setakat ini, punca kejadian dan identiti penyerang yang terbabit belum diketahui.