MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

SportSG peruntuk $18 juta bantu gim, studio terjejas oleh sekatan terbaru COVID-19

SINGAPURA: SportSG akan memperuntukkan S$18 juta di bawah Pakej Daya Tahan Sukan bagi perniagaan dan individu bekerja sendiri yang terjejas oleh garis panduan COVID-19 yang terbaru, menurut SportSG dalam satu kenyataan media pada Selasa (11 Mei).

Ini selepas langkah-langkah diperketat lantas hanya kegiatan fizikal ringan dibenarkan untuk diteruskan di gim dan studio kecergasan.

“Langkah-langkah baru ini bertujuan membantu mengurangkan kos operasi bagi perniagaan yang terjejas dan menyokong individu bekerja sendiri yang terjejas sepanjang tempoh ini, memelihara keupayaan teras, dan juga memacu industri ini untuk menggalakkan warga Singapura agar kekal aktif,” menurut SportSG dalam satu kenyataan media.

Dana S$18 juta itu adalah sebahagian daripada tokokan S$25 juta kepada pakej tersebut yang diumumkan pada awal tahun ini. Keseluruhan jumlah dana sokongan COVID-19 di bawah pakej itu kini adalah S$75 juta.

Salah satu langkah yang bertujuan membantu mereka yang terjejas adalah geran operasi sukan dan riadah sebanyak S$7.7 juta.

Ini akan menyediakan sokongan tambahan kepada lebih daripada 500 entiti, secara khusus gim dan studio kecergasan, menurut SportSG.

Entiti yang layak akan menerima agihan sekali berjumlah antara S$5,000 hingga S$100,000 bagi tempoh tiga minggu itu. Jumlah sokongan yang diagihkan mengambil kira kos operasi seperti sewa dan gaji pekerja.

Selain itu, geran projek bagi individu bekerja sendiri, yang pertama kali diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan pada tahun in, akan menyaksikan kuantum geran dinaikkan daripada S$2.5 juta kepada S$7.5 juta. Ini bermakna ia dapat menyokong anggaran 300 projek, berbanding 100 sebelum ini, menurut SportSG.

Para pemohon geran yang berjaya boleh mendapatkan pendanaan sehingga S$25,000 bagi setiap projek.

S$2.8 juta juga diperuntukkan bagi dana sokongan individu bekerja sendiri dalam bidang sukan dan kecergasan, yang akan mengagihkan bantuan kewangan sekali sehingga S$400 bagi mereka yang layak dan hilang sekurang-kurangnya 50 peratus pendapatan sepanjang tempoh tiga minggu itu, tambah SportSG.

Para jurulatih sukan juga boleh memohon bagi geran elaun latihan pendidikan jurulatih berterusan, menurut SportSG.

“Langkah-langkah yang lebih tegas adalah perlu untuk membendung penularan COVID-19. Kami memahami kesannya terhadap industri sukan dan kecergasan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Singapura,” kata ketua pegawai eksekutif SportSG Lim Teck Yin.

“Kami mendampingi para pemilik perniagaan dan karyawan dalam sektor-sektor ini untuk memahami dengan lebih baik cabaran yang mereka dihadapi.

“Kami menghasilkan langkah bantuan tambahan bagi membantu mereka mengharungi kesan sepanjang tempoh penutupan ini. Kami menggesa semua orang supaya bekerjasama dalam membendung penularan COVID-19.”

– CNA/HA/ha

Berkaitan

Harga emas jatuh di bawah US$3,000

[VIDEO] Pekerja Microsoft mengganggu ulang tahun ke-50 dan memanggil bos AI sebagai ‘pengeksploitasi perang’ di Gaza

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

Terkini

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Harga emas jatuh di bawah US$3,000

亚亦君令补选︱国阵候选人尤斯里 拥博士学位 妻有华人血统

[VIDEO] BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?