Saturday, December 21, 2024

Kanak-kanak lelaki ditemukan maut terhidu asap kebakaran

SEREMBAN — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan maut dalam timbunan baju di sebuah bilik dipercayai akibat lemas kerana terhidu asap selepas rumah didiaminya di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson dekat sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Teluk Kemang Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 11.52 pagi.

Menurutnya sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah jenis separuh kekal berstruktur batu-bata dianggarkan berkeluasan 30×50 kaki persegi itu telah 80 peratus terbakar.

“Ketika kejadian kami dimaklumkan ada enam orang dalam rumah termasuk mangsa iaitu ibu, datuk dan nenek serta dua lagi adik beradik mangsa, kelima-lima mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak perasan kanak-kanak berkenaan tiada bersama mereka ketika itu.

“Pada masa itu susulan api yang semakin marak, ia menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke rumah untuk mencarinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Kamal berkata kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari dengan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan pada 1.55 tengah hari, dan punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…