Sunday, September 15, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

10 ustazah mangsa tinjauan lucah dapatkan khidmat terapi - pakdin.my

BERITAmediacorp: Lebih separuh daripada 17 asatizah yang menjadi mangsa tinjauan lucah baru-baru ini sedang atau sudah mendaftarkan diri untuk menjalani terapi, menurut seorang pakar terapi keluarga Akademi SYM Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Maimunah Mosli kepada BERITAmediacorp.

Lebih tepat lagi, dalam tempoh kurang lima hari ini, dua asatizah sudah menjalani terapi sementara lapan yang lain telah mendaftarkan diri.

Sokongan seperti ini dapat dihulurkan kepada mangsa hasil kerjasama PPIS dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Liyana Musfirah Network.

Cik Maimunah sendiri merupakan salah seorang pakar terapi yang sedang menangani kes terkait dengan tinjauan lucah itu dan beliau berkongsi secara ‘live’ bersama BERITAmediacorp pada Ahad (30 Mei) antara kesan insiden berkenaan terhadap para mangsa.

“Ada yang dah mula tidak boleh tidur. (Ada juga) membayangkan ‘gangbang’ berlaku kepada diri mereka. Isu ini kompleks walaupun mereka tidak benar-benar melalui insiden itu,” kata Cik Maimunah.

Pada Rabu (26 Mei), mula kecoh di media sosial tentang gambar 12 ustazah tempatan yang dimuat naik ke wadah Me We di mana pengguna ‘M A’ mengajukan soalan: “Ustazah mana patut kena ‘gangbang’?” atau dirogol secara beramai-ramai.

Tinjauan tersebut dimuat naik sehari sebelumnya (25 Mei).

Turut terbongkar adalah satu lagi tinjauan lucah yang dimuat naik pengguna sama pada April. Lima ustazah disenaraikan dan soalan yang diajukan juga hampir sama, iaitu: “Gangbang Ustazah mana?”

PARA ASATIZAH DIJANGKA ALAMI TRAUMA KOMPLEKS

Dari sudut pandangan Cik Maimunah sebagai seorang pakar terapi, beliau berpendapat para mangsa kini sedang mengalami kondisi dipanggil ‘Complex Trauma’.

“Apa yang kita dengar, mereka sudah mula tidak boleh menjalankan tugasan harian. Yang ada terpaksa hentikan kelas, ada yang terpaksa meletakkan tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan juga sebagai seorang isteri (ke tepi) kerana banyak perkara bermain di fikiran mereka,” terang Cik Maimunah.

Jenis trauma ini berbeza daripada trauma yang dialami mangsa yang secara langsung berdepan peristiwa malang seperti kemalangan, penganiayaan ataupun rogol.

Ia sejenis tindak balas emosi walaupun dalam kes ini, para mangsa tidak benar-benar dirogol dan sekadar disenaraikan online.

“Saya nak tekankan isu ini bukan sahaja tentang ‘gangbang’ tetapi ia juga melibatkan isu identiti mereka sebagai seorang asatizah. Keperibadian mereka dan sebagainya. Ini adalah isu harga diri mereka,” tegas Cik Maimunah lagi.

YANG DIPERLUKAN MANGSA…

Mengulas lebih lanjut, Cik Maimunah berkata adalah “sangat penting” bagi masyarakat memberi ruang kepada para mangsa. Ada implikasinya sekiranya isu ini terus-menerus dibincangkan di media sosial, katanya.

“Apa yang saya nampak, ramai di antara kita, dalam perbincangan yang dilakukan, kita gunakan wadah media sosial. Perlu kita fikirkan kesan menggunakan media sosial untuk membincangkan perkara sedemikian. Kita harus ingat bahawa perkara ini bukan sahaja menjejas individu, tetapi emosi, psikologi dan juga jiwa mereka (mangsa),” kata Cik Maimunah.

Kesannya boleh berlarutan, tambahnya.

“Contoh, mangsa (kemudian) sebutkan sesuatu di media sosial. Apa yang mereka katakan itu, akan ada kesan di sisi undang-undang. Mereka belum jelas lagi… apa yang mereka cakap itu adakah dari segi emosi mereka ke, ataupun dari pandangan mereka, ataupun adakah ini satu fakta?”

“Jadi kita perlu sangat sangat mengambil berat tentang perkara ini. Beri ruang kepada mangsa, untuk mencari ketenangan supaya mereka dapat memikirkan apa yang mereka kata dan apa kesan yang mereka katakan terhadap diri mereka mahupun keluarga,” ujar Cik Maimunah.

– BERITAmediacorp/aq

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Raja Thailand telah memperkenankan kabinet 35 anggota yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baharu Paetongtarn Shinawatra.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: