BERITATiada laporan mengenai kelibat harimau kumbang di Semenyih - Perhilitan

Tiada laporan mengenai kelibat harimau kumbang di Semenyih – Perhilitan

Tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung seekor harimau kumbang yang dilihat berlegar di sebuah kawasan didakwa Semenyih dekat sini yang videonya tular, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhassan berkata setakat ini, pihaknya belum dapat mengesahkan kesahihan video berkenaan kerana terdapat pihak mendakwa lokasi video itu adalah di Negeri Sembilan atau Melaka.

“Bagaimanapun, pada masa sama pihak Perhilitan Selangor akan memantau kawasan yang dikatakan dilihat harimau kumbang berkenaan berkeliaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi memberitahu sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan mengenai video berkenaan.

Semalam, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kelibat seekor harimau kumbang berlegar di sebuah kawasan didakwa di Beranang, Semenyih.

— BERNAMA

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami