MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Hak Agong panggil mana-mana pemimpin politik – Dr Mahathir

Adalah menjadi hak Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil mana-mana pemimpin politik mengikut keperluan bagi mendapatkan pandangan berkaitan keadaan semasa negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata pemimpin utama parti-parti politik negara dipanggil menghadap  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah atas keputusan Seri Paduka untuk mendengar dan mendapat pandangan daripada mereka.

“Itu hak Agong nak jumpa dengan sesiapa kalau perlu jumpa dengan semua, itu keputusan baginda. Sebab (alasan dipanggil menghadap) itu terpulang kepada Agong. Saya tak tahu sebab apa mungkin nak tahu kedudukan dan pandangan daripada pemimpin-pemimpin politik ini,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Mengulas majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung selama 45 minit, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau mencadangkan penubuhan sebuah badan khas seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diwujudkan untuk menangani empat isu utama yang sedang dihadapi Malaysia.

Isu berkenaan meliputi krisis kesihatan pandemik COVID-19 dan kesannya terhadap ekonomi, ketidakstabilan politik dan sosial.

Pemimpin parti politik termasuk pembangkang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat di Istana Negara bermula semalam manakala bagi pemimpin parti-parti politik di Sarawak, majlis menghadap diadakan secara dalam talian yang dijadualkan pada 14 Jun.

Dr Mahathir berkata Al-Sultan Abdullah turut bertanya pandangannya bilakah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai diadakan.

“Baginda ada bertanya sama ada pilihan raya boleh diadakan tahun depan atau bila-bila masa. Saya berkata ia berbahaya untuk diadakan sekarang. Seperti apa yang berlaku di Sabah ketika pilihan raya negeri…akan ada peningkatan kes COVID-19,” katanya.

Beliau berkata negara perlu mencapai imuniti kelompok dalam pemberian vaksin COVID-19 sebelum PRU15 boleh diadakan.

“Apabila kita mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus rakyat diberi vaksin, maka agak selamat untuk mengadakan pilihan raya. Jika tidak, apa yang berlaku di Sabah akan berulang,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Terkini

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pengarah Eksekutif MAYU Global, Tan Kim Hee Ditahan Polis

Sukan Terjun Piala Dunia di Mexico | Pandelela Tersingkir

Gimnasium sediakan “bilik rahsia” untuk pelacuran – Netizen: tak hairan bersenam boleh jadi ketagihan