BERITAIni rupa sebenar telefon Galaxy S21 edisi Sukan Olimpik Tokyo

Ini rupa sebenar telefon Galaxy S21 edisi Sukan Olimpik Tokyo

Pada setiap Sukan Olimpik musim panas dan sejuk, Samsung selaku salah satu penaja pastinya akan mengeluarkan telefon pintar edisi khas untuk Sukan Olimpik tersebut. Biasanya, ia adalah edisi terhad yang tidak dijual, diberikan untuk atlet yang menyertai sukan tersebut sahaja.

Tetapi tahun ini, Samsung dilihat akan menjual telefon pintar Galaxy S21 Edisi Olimpik, dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Jepun, NTT Docomo. Bermakna, ia mungkin dijual di Jepun sahaja. Sudah pasti, ia ada keunikan tersendiri yang tiada pada edisi biasa.

Dari rupa luaran, ia menggunakan kemasan berwarna biru dipanggil Phantom Blue, dengan bingkai dan modul kamera belakang berwarna emas. Di samping itu, logo NTT Docomo dan 5 cincin Sukan Olimpik dicacah di belakang telefon.

Perisian juga menerima sentuhan bertema Olimpik. Dari skrin hidup, wallpaper, skrin kunci dan ikon aplikasi. Tetapi tiada pula bunyi dan audio khas olimpik di telefon ini.

Spesifikasi dalaman dan luarannya adalah sama seperti Galaxy S21 biasa. Model yang dilaporkan ini memiliki cip Snapdragon 888, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

[Sumber: SamMobile, Garumax]

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami