MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Dunia : Thailand: Lelaki lepaskan tembakan, lari bersama isteri, anak yang dikuarantin

BANGKOK  — Seorang lelaki yang dihalang melawat isteri dan anak lelakinya berusia 9 tahun di sebuah hotel kuarantin alternatif (ASQ) di Ao Nang di Krabi, Thailand melepaskan tembakan dan meluru ke bilik mereka sebelum ketiga-tiganya melarikan diri. 

Menurut laporan The Nation, kejadian itu berlaku pada 7 pagi Selasa (waktu tempatan) di hotel, yang digunakan sebagai ASQ untuk individu yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Lelaki itu dikatakan membawa buah tangan, durian untuk isteri dan anaknya, tetapi dihalang oleh seorang pengawal keselamatan kerana semua pelawat dan durian tidak dibenarkan di premis hotel.

Dia yang berang, meninggalkan lobi hotel dan kembali kira-kira 15 minit kemudian dan cuba memasuki lif tetapi dihalang seorang pekerja hotel. Lelaki itu terus mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah tingkap.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan lelaki itu di sebuah ladang ternakan ayam dan dia ditangkap pada petang Selasa.

Suspek dikatakan turut menembak seorang pekerja di ladang tersebut sebelum ditahan. Pekerja itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Polis turut merampas sepucuk revolver .38 dengan lima butir peluru dan pistol 11mm yang mengandungi enam peluru, lapor The Nation.

— BERNAMA

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高