PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Bayaran BPR tambahan bermula hari ini – Tengku Zafrul

    Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada 8.4 juta penerima yang layak dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion. 

    Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata daripada kesuluruhan penerima, seramai 3.6 juta merupakan isi rumah, satu juta adalah warga emas sama ada bujang atau tiada pasangan manakala 3.8 juta lagi merupakan individu bujang.

    Menerusi BPR Tambahan itu, isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500, isi rumah berpendapatan RM2,501-RM5,000 (RM300), manakala warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah serta individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah menerima RM100.

    “Pembayaran kepada semua penerima dibuat mulai 30 Jun hingga 2 Julai dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun.

    “Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dibuat secara tunai mulai hari ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pihak bank akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Kaedah pembayaran bagi penerima di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat secara tunai bersekali dengan pembayaran Fasa Tiga BPR melalui BSN dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Perbendaharaan Malaysia di kedua-dua negeri pada tarikh terdekat.

    BPR adalah inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan kerajaan bagi memanfaatkan golongan B40 dengan pembayaran Fasa Satu dan Fasa Dua berjumlah RM4.68 bilion telah dibayar kepada 8.4 juta penerima masing-masing pada Februari serta Mei lepas.

    Pada 31 Mei lepas, kerajaan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) bagi meredakan cabaran terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menambah baik Program BPR.

    Tengku Zafrul berkata mengambil kira pembayaran Fasa Satu, Fasa Dua dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion, manakala jangkaan pembayaran Fasa Tiga pada September ini dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.

    “Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya.

    — BERNAMA

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah