MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

TNB umum diskaun bil elektrik hingga 40 peratus

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pemberian diskaun dari lima hingga 40 peratus kepada 7.4 juta pengguna domestik selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan Perdana Menteri Isnin lalu.

TNB menerusi satu kenyataan berkata, secara keseluruhannya, seramai 9.1 juta pelanggan domestik dan bukan domestik di semenanjung akan mendapat manfaat diskaun yang diberikan secara bersasar itu.

“Sebanyak lima peratus diskaun juga diberikan kepada pengguna elektrik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah yang akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan TNB.

“Diskaun sebanyak 10 peratus pula diberikan sehingga 31 Disember ini kepada pengguna elektrik di enam sektor perniagaan terpilih menerusi inisiatif Pemerkasa Plus melibatkan 11,800 pengguna,” kata kenyataan itu hari ini.

Difahamkan enam sektor berkenaan adalah pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Menurut TNB, selain diskaun di bawah Pakej Pemulih, pengguna elektrik di semenanjung akan terus menikmati rebat Pelepasan Kos Tidak Seimbang atau Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sebanyak 2 sen/kWj dari Julai hingga Disember ini.

“Bagi kedua-dua kategori pelanggan domestik dan PKS, pengiraan Diskaun Bil Elektrik Pemulih adalah berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dari 1 Julai hingga 30 September ini dan TNB sedang mengambil langkah perlu bagi memastikan pelaksanaan diskaun berjalan lancar.

“Pelanggan akan melihat diskaun ini tertera dalam bil elektrik mulai bil bertarikh 15 Julai ini dan bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1 hingga 14 Julai, diskaun bulan Julai akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021,” ujarnya.

Kadar Diskaun Bil Elektrik Pemulih kepada pengguna domestik (Tarif A) di Semenanjung seperti yang diperincikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.Mengulas lanjut, TNB berkata, pelanggan yang menerima bil sepanjang Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai dan diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT.

“Sebagai contoh, pelanggan yang menerima bil pada 11 Julai untuk jumlah penggunaan elektrik dari 12 Jun hingga 11 Julai 2021, Diskaun Bil Elektrik Pemulih akan diberikan ke atas jumlah penggunaan dari 1–11 Julai 2021.

“Sekiranya jumlah penggunaan dalam 30 hari adalah 220 kWj, diskaun sebanyak 15 peratus akan digunakan selepas rebat ICPT diambilkira dan oleh kerana tarikh bil adalah antara 1 hingga 14 Julai 2021, amaun diskaun ini akan dimasukkan ke dalam bil Ogos 2021,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, TNB turut bekerjasama dengan kerajaan meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi beberapa langkah seperti tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang PKP 3.0 Fasa 1.

“Penangguhan pemotongan bekalan elektrik juga akan diberikan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 September ini.

“TNB juga akan menawarkan Pelan Bayaran Mudah kepada pengguna domestik sehingga 31 Disember ini,” ujar kenyataan itu. – K! ONLINE

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro