117 kes bunuh diri di Selangor dalam tempoh 5 bulan, kata Bukit Aman - pakdin.my

Sejumlah 117 daripada 468 kes bunuh diri dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mei lalu direkodkan berlaku di Selangor.

Lebih membimbangkan, secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, Selangor mendahului Johor dengan mencatatkan kes tertinggi pada 2019 dan 2020 masing-masing 101 kes.

Katanya, kes bunuh diri direkodkan di seluruh negara pada 2019 dan 2020 ialah masing-masing 609 dan 631 kes.

“Siasatan mendapati tiga punca utama mengakibatkan kejadian bunuh diri membabitkan masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, cara membunuh diri kerap berlaku berdasarkan statistik adalah gantung diri 75.1%; terjun bangunan (13.6%) dan minum racun (5.7%).

“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri ini, semua pihak bertanggungjawab terutama masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

“Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan dan masalah keluarga harus diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat,” katanya.

Justeru pihaknya menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti dinyatakan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali ingin atau cuba membunuh diri, sila hubungi Befrienders di +603-79568145, atau email sam@befrienders.org.my. Anda juga boleh dapati helpline antarabangsa di sini

UTAMABERITA117 kes bunuh diri di Selangor dalam tempoh 5 bulan, kata Bukit...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium