MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo – Reezal Merican

KUALA LUMPUR – Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo Datuk Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengesahkan perkara itu berkata Chong Wei akan mengekalkan jawatan CDM berkenaan berdasarkan pendirian dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Beliau berkata Chong Wei akan memantau perjalanan atlet di Tokyo selain memberi nasihat serta kata-kata semangat secara maya dari sini sehinggalah temasya sukan terbesar dunia yang bermula 23 Julai ini melabuhkan tirainya pada 8 Ogos.

“Kami tetap pendirian dengan MOM untuk mengekalkannya sebagai CDM kerana Chong Wei merupakan nama yang amat besar dan signifikan serta cukup kuat dalam hati, sanubari dan minda rakyat Malaysia.

“Aspek pengurusan atlet di Tokyo pula akan dikelolakan Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan beliau juga akan tinggal bersama mereka di perkampungan sukan di sana nanti,” katanya dalam satu audio dikongsi kepada media hari ini.

Reezal Merican berkata demikian selepas meninjau persediaan dan persiapan akhir kem badminton negara bagi Sukan Olimpik di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini.

Beliau berkata ketiadaan Chong Wei di Tokyo bukanlah satu masalah kerana hakikatnya, edisi kali ini berlangsung dalam keadaan yang cukup berbeza ekoran pandemik COVID-19 dan memberi jaminan pemenang tiga pingat perak berturut-turut Olimpik itu akan terus berhubung dengan kem Malaysia tanpa sebarang kekangan.

Beliau pada masa sama menghargai kegigihan dan kesungguhan Chong Wei untuk kekal bersama kontinjen Malaysia dan diharap semangatnya mampu memberi kejayaan kepada atlet membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Tokyo.

Sementara itu, Reezal Merican memaklumkan akan membuat pengumuman mengenai sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo kira-kira seminggu sebelum temasya sukan itu bermula.

Mengenai tinjauannya hari ini, beliau dimaklumkan oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann bahawa tahap persediaan kem badminton negara ke Tokyo Olimpik kini berada pada tahap 95 peratus dan pemain dijangka mencapai tahap kemuncak prestasi sebelum berlepas ke Jepun pada 17 Julai.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan selain giat menjalani program latihan yang khusus, para pemain turut mengikuti sesi perkhidmatan psikologi yang menjadi aspek utama dalam fasa akhir ini bagi membantu mereka mengekalkan tahap motivasi dan fokus kepada latihan serta pertandingan.

Seramai lapan pemain badminton bakal menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik Tokyo terdiri daripada Lee Zii Jia (perseorangan lelaki); Soniia Cheah (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki); Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

— BERNAMA

Berkaitan

Harga emas jatuh di bawah US$3,000

[VIDEO] Pekerja Microsoft mengganggu ulang tahun ke-50 dan memanggil bos AI sebagai ‘pengeksploitasi perang’ di Gaza

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

Terkini

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Harga emas jatuh di bawah US$3,000

亚亦君令补选︱国阵候选人尤斯里 拥博士学位 妻有华人血统

[VIDEO] BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?