PATTANI – Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan), tiga lagi anggota keselamatan turut cedera dalam kejadian yang berlanjutan hampir 8 jam .
Komander Pasukan Petugas Pattani (Commander of the Pattani Task Force) Mej Jen Komkrit Rattanachaya berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung dua buah kampung yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota bersenjata di daerah Saiburi, Pattani.
“Apabila pasukan keselamatan mendekati kedua-dua kampung itu, anggota militan mula melepaskan tembakan. Mereka turut melontarkan bom ke arah pasukan keselamatan.
“Berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan berlanjutan lebih 7 jam. Pegawai keselamatan turut meminta mereka menyerah diri tetapi mereka enggan.
“Apabila insiden berbalas tembakan tamat, kami menemui kedua-dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Komkrit berkata operasi dilancarkan untuk menjejaki suspek yang melarikan diri.
— BERNAMA
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial