MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Bekas Panglima Angkatan Tentera Ke-8 meninggal dunia

KUALA LUMPUR  — Bekas Panglima Angkatan Tentera kelapan Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, 90, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, petang tadi.

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan, pagi esok dengan pematuhan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Taman Perumahan AU setelah selesai solat jenazah di masjid berkenaan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham yang lahir pada 17 Dis 1930 mula menyertai ATM pada 1953 sebelum bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1987.

Sebelum itu, Allahyarham pernah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1983 dan turut memegang beberapa jawatan lain ketika berkhidmat antaranya Ketua Turus Jabatan Perisikan, Pengarah Pasukan Petugas VII Jabatan Perdana Menteri, Komander Pertama Briged Infantri ke-9 dan Atase Tentera Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Selepas bersara, Mohd Ghazali dilantik sebagai pengerusi di sebuah akhbar penerbitan tempatan selain menjadi pengerusi sebuah syarikat di bawah Kementerian Pertahanan sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Julai 2019.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan seluruh warga ATM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

— BERNAMA

Berkaitan

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Terkini

亚亦君令补选︱国阵候选人尤斯里 拥博士学位 妻有华人血统

[VIDEO] BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

[VIDEO] Pekerja Microsoft mengganggu ulang tahun ke-50 dan memanggil bos AI sebagai ‘pengeksploitasi perang’ di Gaza

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Abang belon ada 13 rekod lampau

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?