MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Thailand guna kaedah campuran dua vaksin Sinovac dan AstraZeneca

BANGKOK, 12 Julai  — Thailand akan menggunakan kaedah campuran dua vaksin COVID-19 Sinovac dan AstraZeneca bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap virus tersebut.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata vaksin AstraZeneca akan digunakan sebagai dos kedua kepada mereka yang telah menerima suntikan pertama vaksin Sinovac.

Beliau berkata suntikan kedua akan diberikan selang masa antara tiga hingga empat minggu selepas suntikan pertama.

“Mencampurkan dua jenis vaksin akan memberikan perlindungan lebih baik terhadap virus varian Delta (yang pertama kali dikesan di India),” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Selain itu, Anutin berkata Jawatankuasa Penyakit Berjangkit membenarkan petugas kesihatan yang sudah lengkap divaksin dengan Sinovac akan menerima suntikan tambahan ketiga, sama ada menggunakan AstraZeneca atau vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech.

Keputusan itu dibuat selepas ratusan petugas perubatan yang lengkap divaksin dijangkiti COVID-19.

Sebahagian besar kakitangan perubatan dan petugas barisan hadapan di Thailand menerima suntikan Sinovac, sejak 28 Februari.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan menyatakan setakat ini, sejumlah 677,348 kakitangan kesihatan telah divaksin dan 618 atau sekitar 0.09 peratus dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata seorang jururawat meninggal dunia manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal.

“Disebabkan pendedahan berterusan kepada pesakit COVID-19, serta mempunyai sejarah penyakit, ia mungkin menyumbang kepada “kegagalan vaksin”,” katanya pada taklimat harian COVID-19.

Sementara itu, Thailand mencatatkan 8,656 kes baharu COVID-19 dan 80 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 345,027 dan korban seramai 2,791.

Beliau berkata daripada kes baharu, 8,632 adalah jangkitan tempatan, 2,515 daripadanya dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 24 kes import.

Bangkok, pusat pandemik terbaharu, mencatat 2,399 kes baharu dan 44 kematian.

Bermula hari ini, Thailand mengenakan langkah pencegahan lebih ketat, termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi, menutup pusat beli-belah dan berkumpul tidak melebihi lima orang, di Bangkok dan sembilan wilayah lain.

Pengarah Bahagian Berita dari Jabatan Penerangan Kementerian Luar, Pensom Lertsithichai menyatakan berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan Awam, hasil daripada langkah sekatan yang dikenakan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh sebulan.

— BERNAMA

Berkaitan

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

Terkini

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?