BERITACOVID: Kadar kebolehjangkitan 1.15 setakat semalam, Putrajaya tertinggi - KP Kesihatan

COVID: Kadar kebolehjangkitan 1.15 setakat semalam, Putrajaya tertinggi – KP Kesihatan

Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, Melaka dan Terengganu masing-masing (1.08).

Selain itu, Perak dengan nilai Rt 1.07, Pulau Pinang (1.05) serta Negeri Sembilan dan Johor masing-masing (1.02).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

— BERNAMA

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami