MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ku Li minta pindah kerusi, duduk di blok bebas

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat ke blok bebas.

Perkara itu dinyatakan dalam surat rasmi yang dihantar kepada Speaker Dewan rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 26 Julai 2021.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang Dipertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (block) Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan ‘Perikatan Nasional’,” katanya dalam surat tersebut.

Tambah Tengku Razaleigh atau Ku Li, beliau bagaimanapun tidak mengetahui sama ada ahli Parlimen lain ada membuat keputusan yang sama dengannya untuk mengubah kedudukan dalam Dewan Rakyat.

Namun ketetapan itu jelas Ku Li, ia adalah bersandarkan dengan semangat perjuangan UMNO untuk tidak menyokong kerajaan hari ini.

“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Tuan Yang Dipertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat. Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional, UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini,” katanya.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas