JKN Kedah akui jururawat tersilap beri suntikan Sinovac

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengakui berlaku kesilapan pemberian suntikan

vaksin dos kedua jenis Sinovac kepada seorang wanita berusia 58 tahun di Pusat Pemberian Vaksin

(PPV) Dewan Al Hana di Sik dekat sini pada 5 Ogos lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, penerima vaksin terbabit hadir ke PPV untuk

menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Pfizer, sebaliknya jururawat kesihatan memberi suntikan

vaksin jenis Sinovac.

“Siasatan JKN mendapati kesilapan berlaku disebabkan jururawat tidak memeriksa kad suntikan vaksin

sebelum membuat suntikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, jururawat terbabit telah mengakui kesilapan dan memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan.

“Beliau juga telah diberi teguran dan kaunseling serta direhatkan daripada tugasan pada hari

tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, penerima vaksin kemudian telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling dan

kesan sampingan vaksin yang biasa berlaku telah dijelaskan.

“Penerima vaksin dan pasangan menerima baik penerangan serta memaafkan jururawat tersebut selain dinasihatkan untuk menghubungi pegawai perubatan atau ke klinik kesihatan berdekatan sekiranya berlaku kesan sampingan,” jelasnya.

Katanya, penggunaan percampuran jenis vaksin telah diamalkan kepada penerima yang mengalami alahan dengan vaksin jenis Pfizer di negara ini dan tidak timbul isu keselamatan apabila vaksin jenis

Sinovac diberi sebagai dos kedua kepada penerima vaksin yang mengalami alahan dengan vaksin Pfizer.

“Percampuran vaksin juga telah diamalkan di beberapa negara luar, walau bagaimanapun dasar sedia ada belum membenarkan percampuran vaksin di negara ini bagi penerima biasa,” katanya.

Tambahnya, JKN memohon maaf kepada keluarga penerima vaksin tersebut dan pihaknya akan memastikan kesilapan itu tidak berulang dengan menekankan aspek pematuhan garis panduan pengendalian proses vaksinasi oleh petugas PPV.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin Sinovac untuk dos kedua di PPV Dewan Al Hana di Sik. – K! ONLINE

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

DUNIA

Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Gaza dalam masa 24 jam

AM

Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh

SUKAN

EPL: Haaland gagal sempurnakan tenangan penalti, Man City gagal menewaskan Everton

VIRAL

[TONTON] Lelaki Muslim membaca doa terakhir dalam penerbangan Azerbaijan Airlines, terselamat dari nahas menjadi tular