MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Singapura: Remaja diserang sakit jantung selepas divaksin terima pampasan

SINGAPURA – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura. 

Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.

“Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat melakukan kegiatan seharian tanpa bantuan. Kemungkinan dia akan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu lagi, tetapi perlu menjalani rawatan pesakit luar sebelum boleh kembali ke sekolah dan meneruskan aktiviti lain,” menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Hasil siasatan perubatan mendapati remaja tersebut mengalami miokarditis akut teruk yang menyebabkan serangan jantung yang berlaku di luar hospital.

“Miokarditis mungkin merupakan kesan sampingan yang serius akibat daripada vaksin COVID-19 yang diterimanya, ia mungkin disebabkan beban yang diangkat melebihi berat badannya ketika melakukan aktiviti angkat berat dan penggunaan kafein yang tinggi melalui minuman dan makanan tambahan tenaga,” menurut kementerian itu.

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) oleh kementerian, bantuan sekali bayar sebanyak S$225,000 (RM703,000) telah diberikan kepada remaja berkenaan dan keluarganya.

Kementerian memaklumkan meskipun terdapat sedikit risiko miokarditis atau perikarditis berikutan pemberian vaksin, kadar kejadian  tetap rendah pada 0.48 per 100,000 dos yang diberikan, berdasarkan pemantauan farmakovigilans yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

“Sebahagian besar telah memberikan tindak balas yang baik terhadap rawatan dan telah pulih atau keluar dari hospital,” menurut kenyataan itu.

Berkaitan

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Terkini

亚亦君令补选︱国阵候选人尤斯里 拥博士学位 妻有华人血统

[VIDEO] BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

[VIDEO] Pekerja Microsoft mengganggu ulang tahun ke-50 dan memanggil bos AI sebagai ‘pengeksploitasi perang’ di Gaza

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Abang belon ada 13 rekod lampau

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

Shereen raih emas acara 400m, Azeem hampiri rekod 200m kebangsaan di Amerika Syarikat

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?