Saturday, December 21, 2024

Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan

Pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada 22 hingga 24 Okt ini, memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.

Ini kerana menurut Hafizh yang menyertai NTS RW Racing GP musim ini, perlumbaan di Sepang itu sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.

Malah, beliau juga merindukan saat berlumba di laman sendiri selepas kali terakhir beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan pada musim 2019.

“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana, kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan,” katanya dalam satu klip video kepada media, hari ini.

Susulan pembatalan perlumbaan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu turut hampa apabila terpaksa mengharungi perlumbaan berulang kali di Eropah selepas ketiadaan beberapa siri perlumbaan lain di Asia antaranya GP Jepun.

Sementara itu, Hafizh berkata pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.

“Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir,” katanya.

Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP dalam kenyataan bersama, semalam.

— BERNAMA

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…