Saturday, December 21, 2024

Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ diyakini stabilkan politik negara dan jaga kesejahteraan rakyat – Bung  

KOTA KINABALU – Pendekatan baharu ‘Keluarga Malaysia’ yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta situasi ekonomi  yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi  situasi ini dan Keluarga Malaysia juga menuntut muafakat serta semangat soladariti  semua pihak untuk saling berganding bahu menangani setuasi  mencabar yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, dengan pengenalan dan pendekatan baharu Keluarga Malaysia,ternyata ianya amat penting untuk  seluruh rakyat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi membangun negara.

“Ikatan serta  nilai kekeluargaan ini  amat penting ketika kita berhadapan dengan  suasana getir  untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya memperkenalkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah kebersamaan semua pihak bersama kerajaan terbukti dengan keterbukaan Perdana Menteri  melalu rentas parti dengan mempelawa pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang sewajarnya di sahut oleh pihak pembangkang.

“ Semua pihak perlu bersatu melupakan segala perbezaaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat” jelas Bung.

Dalam pada itu Bung turut menambah  komitmen Kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menjaga kesihatan rakyat terbukti dengan kesediaan kerajaan membuat pembelian tambahan sejumlah enam juta dos vaksin yang sudah tentu Sabah akan menerima agihannya berdasarkan kepada keperluan yang ketika ini  belum mencukupi

“ Kita beterima kasih kerana kerajaan terus memperhebatkan   inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung dimana kita yakin melalui  melalui program ini pandemik COVID-19 akan dapat dilandaikan dalam segala sektor ekonomi akan dapat dipulihkan segara” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung berkata kerajaan negeri (GRS) akan terus mendokong usaha serta kesungguhan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda Keluarga Malaysia terutamanya dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi rakyat di negeri ini yang terjejas dengan penularan Pandemik COVID-19

“Seperti saya maklumkan sebelum ini kita akan pertahankan kerajaan GRS, selari dengan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas PRN tahun lepas bagi menjaga kestabilan politik ,ekonomi dan kesihatan rakyat” tambah Bung. – UMNO Online

Berkaitan

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

KEHIDUPAN

Tumbler: Trend, gaya hidup, kesihatan dan mesra alam

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…