MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kontrak Rozaimi dengan hijau kuning tamat

ALOR SETAR — Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mencapai persetujuan menamatkan kontrak pemain penyerang, Rozaimi Abdul Rahman, 28, selepas lapan bulan bersama pasukan Hijau Kuning itu. 

KDA FC dalam kenyataan di laman rasminya memaklumkan, penamatan dibuat lebih awal dan di atas permohonan pemain tersebut sebagai langkah penyelesaian akhir selepas tempoh dua bulan diberikan buat Rozaimi untuk menyelesaikan hal peribadi sebelum memutuskan haluan kerjaya bola sepaknya.

“Pihak pengurusan kelab menghormati pendirian beliau walaupun kudrat dan pengalamannya ditagih di bahagian serangan. Terima kasih dan selamat maju jaya dalam kerjaya bola sepak di masa hadapan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Rozaimi sebelum ini diikat KDA FC selama satu musim bagi mengisi jentera serangan pasukan selepas empat tahun bersama pasukan Johor Darul Ta’zim II.

Sepanjang aksinya musim ini, Rozaimi telah membuat sembilan penampilan, 264 minit aksi dan satu hantaran menghasilkan gol.

Penampilan terakhir Rozaimi adalah ketika membantu KDA FC menang ke atas Melaka United FC pada 30 April lepas.

Berkaitan

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Terkini

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani

[VIDEO] Seorang maut, Ratha kuil Bengaluru tumbang

Letupan bom dalam kenderaan renjer tentera di Ban Bangoyuering, Pattani