MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Bangkok, Chiang Mai antara destinasi pelancongan dibuka semula pada Oktober

BANGKOK —  Susulan kejayaan “Phuket Sandbox” dan “Samui Plus”, Thailand merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai akan dibuka semula kepada pelancong yang telah divaksin mulai 1 Oktober.

“Ia akan diikuti 21 wilayah lain pada pertengahan Oktober, yang perinciannya akan diumumkan bila tiba masanya,” katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sejak pembukaan semula, Phuket telah menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht.

Program “Samui Plus” pula, pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao. Sejak dimulakan pada 15 Julai dan sehingga 31 Ogos lalu Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan program ini telah menerima 918 pengunjung, dengan 6,329 tempahan bilik, menghasilkan pendapatan 37.6 juta Baht .

Menurut kenyataan TAT kebanyakan pelancong berasal dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, Thailand telah memberikan 35.91 juta dos vaksin termasuk 25.23 juta dos pertama.

Sementara itu, Pejabat Sheikul Islam (SIO) di Thailand telah membenarkan kembali solat berjemaah di masjid-masjid komuniti dengan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas telah menerima vaksin COVID-19

Natapanu berkata, ahli jawatankuasa Islam di masjid dan jemaah mestilah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Waktu solat dihadkan kepada 30 minit dan solat Jumaat tidak lebih 45 minit,” katanya.

Sementara itu, Thailand mencatatkan 13,988 kes baharu COVID-19 dan 187 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,294,522 dan korban seramai 13,042 orang.

Berkaitan

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Sukan Terjun Piala Dunia di Mexico | Pandelela Tersingkir

Terkini

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Abang belon ada 13 rekod lampau

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Gimnasium sediakan “bilik rahsia” untuk pelacuran – Netizen: tak hairan bersenam boleh jadi ketagihan

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas