Kemunculan ‘pak bedal’ cemaskan penduduk - pakdin.my

PARIT BUNTAR – Penduduk di Kampung Nibong Hangus Kuala Kurau dekat sini gempar dan cemas dengan kehadiran seekor buaya yang memasuki kawasan kampung mereka hari ini.

Kehadiran reptilia itu sempat dirakam penduduk kampung yang menyedari haiwan itu berada di tepi terusan air kampung tersebut.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak ketika dihubungi memaklumkan telah menghantar pasukan ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan dari penduduk.

Menurut jurucakap itu, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kehadiran reptilia itu dan usaha menjejaki haiwan itu tidak berjaya.

“Berkemungkinan reptilia itu telah kembali semula ke Sungai Kurau.

“Hujan lebat pada awal pagi semalam menyebabkan paras air sungai naik dipercayai menjadi punca reptilia itu naik ke terusan kampung berkenaan,” kata jurucakap tersebut.

@tvrakyat.asia

Buaya naik ke darat di Kg Nibung Hangus, #KualaKurau

♬ original sound – tvrakyat.asia – tvrakyat.asia

 

UTAMABERITAKemunculan ‘pak bedal’ cemaskan penduduk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium