MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pendekatan “Keluarga Malaysia” dalam rundingan hak Sarawak – Abang Johari

Kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil pendekatan semangat “Keluarga Malaysia” dalam rundingan berkaitan hak-hak negeri dengan Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada tiga wilayah harus mengutamakan semangat hormat-menghormati sambil mengiktiraf hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya dalam perjalanan selama 58 tahun penubuhan Malaysia terdapat perkara-perkara yang belum dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan MA63 yang harus dibawa ke meja rundingan.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sudah mengadakan rundingan sejak 2015 lagi dan rundingan akan terus diadakan.

Saya berharap inisiatif untuk terus berunding mengenai MA63 seperti terkandung dalam Memorandum Persefahaman Transformasi Kestabilan Politik (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang (Pakatan Harapan) pada 13 Sept lepas akan membawa kepada hasil menang-menang kepada negeri dan Persekutuan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 peringkat negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, malam ini.

Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak pada tahun ini diadakan dalam norma baharu dan disiarkan secara langsung.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, menjadi tetamu kehormat pada majlis itu yang turut dihadiri menteri-menteri negeri.

Sementara itu, Abang Johari berkata sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, beliau berharap agar “Keluarga Malaysia” yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuhkan bagi mencapai kestabilan dan kemajuan.

“Sebagai Ketua Kerajaan Sarawak, saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus berusaha mengembalikan mana-mana hak Sarawak yang terhakis melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terus menunjukkan keprihatinan terhadap aspirasi rakyat di Sarawak,” katanya.

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高