MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Lebih 3.6 juta keluarga B40 bakal terima Pakej Penjagaan COVID-19 – PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini umum pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik COVID-19.

Perdana menteri berkata bantuan PPC dengan peruntukan lebih RM471.6 juta berkenaan mengandungi antara lain pek pelitup muka guna semula sebanyak empat keping setiap keluarga dan kit ujian kendiri COVID-19 sebanyak empat kit setiap keluarga.

Selain itu, setiap keluarga penerima akan memperoleh satu oksimeter nadi, termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

“Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya menambah secara keseluruhan setakat ini terdapat 8.4 juta penerima BPR.

Katanya, kesemua perincian berhubung pelaksanaan PPC ini akan diumum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berkaitan

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Terkini

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!