MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

China rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009

China kekal menjadi rakan dagang utama dan terbesar Malaysia sejak 2009 sehingga kini, dengan nilai dagangan pada suku ketiga 2020 sebanyak RM88 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhan negara.

Eksport utama negara ke China pada suku ketiga 2020 adalah elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM16.4 bilion atau 36.4 peratus daripada nilai ekport Malaysia ke ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Produk E&E juga menjadi import terbesar Malaysia dari China pada suku dikaji sebanyak RM17.2 bilion atau 40.2 peratus.

Laporan ‘Malaysia Trade Statistic Review Volume II 2020’ daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan dalam tempoh 10 bulan pertama 2020, nilai perdagangan Malaysia dan China adalah 18.3 peratus daripada nilai keseluruhan perdagangan negara.

“Walaupun perdagangan dan rantaian bekalan terjejas disebabkan pandemik COVID-19 di China dan global, nilai perdagangan kedua-dua negara mencatatkan peningkatan 3.2 peratus atau RM8.3 bilion kepada RM266.1 bilion berbanding RM257.8 bilion pada tempoh sama 2019.

“Ini disebabkan oleh lonjakan eksport sebanyak RM14.2 bilion atau 12.3 peratus berbanding penurunan import sebanyak

RM5.8 bilion atau 4.1 peratus,” katanya.

Berdasarkan perdagangan bulanan, prestasi Mei lalu agak terjejas dengan penurunan sebanyak 10.8 peratus disebabkan kejatuhan import sebanyak 21.7 peratus walaupun eksport naik 3.7 peratus.

Prestasi ini bagaimanapun kembali meningkat pada Jun, seiring dengan kelonggaran perintah kawalan oleh kerajaan di Malaysia.

Eksport Malaysia ke China secara dasarnya mencatatkan prestasi positif kecuali pada Januari dan Mei 2020, penurunan masing-masing sebanyak 6.6 peratus dan 7.5 peratus.

Sejak 2012, import Malaysia dari China melebihi nilai penghantarannya, namun pada Jun sehingga September 2020, penghantaran Malaysia ke China mengatasi import.

Laporan itu menjelaskan, COVID-19 mempengaruhi paradigma sosial dan ekonomi berpunca daripada langkah-langkah pencegahan dan kawalan untuk menghentikan penyebaran virus.

“Namun, untuk 10 bulan pertama 2020, perdagangan Malaysia dengan China kekal dalam pertumbuhan positif. Pandemik meningkatkan permintaan bekalan perubatan oleh kedua-dua negara yang menyumbang kepada peningkatan eksport dan import produk terpilih yang ketara.

“Malaysia menerima pelaburan dari China berjumlah RM600 juta dan RM500 juta masing-masing pada 2018 dan 2019.

“Pada 2019, aliran pelaburan Malaysia ke China mencatat nilai yang lebih tinggi sebanyak RM540 juta daripada RM500 juta pada 2018,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Malaysia harus mengambil peluang mengukuhkan hubungan perdagangan dengan China kerana kedua-dua negara adalah anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

RCEP akan membolehkan penghapusan serta pengurangan tarif untuk barangan perdagangan termasuk kemudahan eksport dan import dalam kalangan negara anggota.

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’