Dunia ini cepat sahaja berputar. Insan yang menuduh YB Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Adham Baba sebagai terlibat dalam penyelewengan pembelian vaksin hari ini meminta pertolongan Menteri Kesihatan supaya menolong beliau dengan menghantar ambulan ke rumah.
Penulis kontroversi Zaharin Mohd Yasin telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat saringan di hospital swasta dan telah 3 hari menunggu untuk dimasukkan ke Hospital.
Akhirnya dengan bantuan dan campurtangan Menteri Kesihatan, ambulan datang ke rumah Sang Kelembai pada malam hari dan menghantar beliau ke Hospital Sungai Buluh.
Nasib baik Menteri Kesihatan berjiwa besar dan bukan seorang pendendam tegar. Dan sebenarnya ini bukanlah pertama kali beliau meminta bantuan Dr Adham Baba, tanya dia siapa yang membantu isteri beliau mendapatkan pekerjaan di UNIKL?
Saya bukan gembira dengan berita beliau dijangkiti Covid-19 tetapi geram dengan sikapnya yang tidak pernah berterima kasih dengan segala bantuan yang diberikan.
Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.
Saya doakan beliau cepat sembuh dan selepas ini menjadi penulis yang insaf dan bertanggungjawab.