Monday, January 6, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans

KUCHING: Wanita parah selepas van dipandu suaminya melanggar ambulans yang sedang dalam kecemasan ketika melalui lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, di sini, hari ini.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata nahas berlaku kira-kira jam 10.15 pagi ketika ambulans dari Klinik Tanah Putih itu sedang dari Jalan Utama menghala ke Jalan Kwong Lee Bank.

Katanya, ambulans berkenaan ketika itu membawa seorang pesakit wanita berumur 23 tahun yang mengadu lemah badan.

“Ketika sampai di lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, ketika lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar oleh sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri dari arah Jalan Datuk Marican Salleh.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu van persendirian terbabit cedera ringan di kepala manakala isterinya parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 43 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala suaminya yang berusia 38 tahun dirawat di Zon Kuning HUS.

Sementara pemandu, seorang pegawai perubatan, jururawat termasuk pesakit dan adik pesakit yang turut berada di dalam ambulans berkenaan tidak cedera.

Alexson berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu van Nissan Venette itu tidak peka dengan siren kecemasan ambulans berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Alexson berkata, satu lagi kemalangan yang turut membabitkan ambulans berlaku di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, menyebabkan seorang warga emas berusia 69 tahun dari Rumah Jun, Rapak Tepus, Pantu, maut.

Katanya, nahas berlaku jam 8.45 malam semalam, ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Pantu terbabit dalam perjalanan ke Lachau untuk mengambil mangsa kemalangan jalan raya.

“Ketika dalam perjalanan, ambulans itu dipercayai terlanggar mangsa yang melintas jalan di kawasan Rapak Tepus A.

“Mangsa, pejalan kaki parah di kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Alexson berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

#Tag

Berkaitan

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Pengumuman untuk menukar cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat dan Sabtu bagi negeri paling selatan itu, dibuat pada 7...
JENAYAH / MAHKAMAH

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibu saudaranya di Kajang, Selangor sejak 29...
JENAYAH / MAHKAMAH

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar...
AM

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

Kemunculan planet Venus yang selari dengan kedudukan bulan lewat petang semalam nyata memberi keterujaan kepada penduduk Bumi.
EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!

GAYA HIDUP

Afgan bersinar di konsert solo besar di Pulau Pinang