LANGKAWI: Belum sempat memulakan operasi, khemah yang dijadikan sebagai Bazar Aidilfitri di Pekan Rabu, di sini, terbakar pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sekitar pukul 11.11 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kelihatan api sedang marak dan menyambar dengan cepas kanvas khemah,” katanya.