MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Shahril Hamdan ke Melaka, teruskan misi penerangan situasi semasa politik negara

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini berkesempatan berkunjung ke Melaka bagi meneruskan misi memberi penjelasan berkenaan situasi semasa politik negara.

Program pertama beliau bermula dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pidato online peringkat negeri yang telah berlangsung penghujung Ogos lalu dengan pemenangnya akan berentap dalam Pidato Piala Presiden.

“Kita meraikan finalis-finalis yang bakal beraksi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hujung minggu ini mewakili negeri Melaka.

“Tetapi dalam majlis itu juga kita mula memberikan sedikit penjelasan dan penerangan bagi membakar semangat ahli-ahli jentera penerangan khususnya untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berkenaan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kemudian kita laksanakan mesyuarat tertutup di mana perancangan itu diperincikan, diperhalusi dan gerak kerja seterusnya telah pun kita usahakan dan akan dilipat gandakan pada masa akan datang,” katanya.

Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan pengurusan enam bahagian peringkat Pemuda.

“Peranan yang sama memberikan mesej supaya kita bersedia dengan sebarang kemungkinan dan dalam konteks pemuda ini saya fikir lebih kepada mesej yang serupa seperi disampaikan di tempat lain seperti di Terengganu tempoh hari untuk kita menyesuaikan pendekatan pengundi-pengundi baharu,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.

Beliau juga turut meluahkan pandangan bahawa meskipun PRN diadakan sebelum Januari tahun hadapan ianya bukan bermakna tidak akan berlakunya lambakan pengundian besar.

“Kita tidak boleh lupa bahawa dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu semenjak Pilihan Raya Umum ke-14 di situ pun ada penambahan pengundi yang besar dan demografi pengundi juga sudah berubah.

“Jadi itu pun sudah cukup untuk kita menyedari dan menginsafi bahawa pendekatan kita mesti sesuai dengan generasi,” katanya.

Berkaitan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun