MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRN Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MT akan datang

Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini termasuk kerjasama antara parti itu dengan PAS menerusi Muafakat Nasional serta Bersatu.

Beliau berkata bagaimanapun, segala perbincangan bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PRN itu.

“Kita menanti penuh debaran keputusan SPR Isnin ini. Apa jua keputusannya kita terima dengan hati terbuka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Bangunan Dato Onn di sini malam ini.

Mesyuarat itu, yang berlangsung lebih tiga jam, dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad juga berkata mesyuarat MT UMNO turut menetapkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRN itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan SPR.

Beliau berkata mesyuarat itu turut mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

“MT turut bersetuju mulai 15 Okt  hingga 30 Nov, persidangan UMNO cawangan akan diadakan dan diharapkan agar mesyuarat cawangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata Majlis Kerja Tertinggi parti turut menyokong keputusan kerajaan berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, menyemak semula kes Pulau Batu Puteh serta menyiasat dakwaan terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Sementara itu, MT UMNO turut meluahkan rasa kecewa terhadap isu penyebaran rakaman audio yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama seorang pemimpin politik dan meminta agar siasatan berhubung perkara tersebut dilakukan.

Timbalan Menteri Komunikasi Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata siasatan akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada terdapat pihak daripada syarikat telekomunikasi turut terlibat namun menambah bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu setakat ini.

“Perkara ini sangat memalukan… jadi KKMM akan melihat sama ada syarikat-syarikat ini terlibat dalam usaha merakam suara-suara ini. Kita tak nak berlaku lagi pada masa depan dan cari jalan penyelesaian bagaimana nak cegah,” katanya.

Berkaitan

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Terkini

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Abang belon ada 13 rekod lampau