NASIONALJENAYAH / MAHKAMAHPolis terima dua laporan antivaksin

Polis terima dua laporan antivaksin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan berhubung kumpulan antivaksin yang didakwa membuat kenyataan palsu hingga menimbulkan kegusaran awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua laporan itu masing-masing dilaporkan di Perak dan Putrajaya.

“Kertas siasatan di Perak sedang dilengkapkan mengikut arahan Timbalan Pendakwa Raya.

“Sementara siasatan kes di Putrajaya pula masih menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Abd. Jalil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa golongan antivaksin tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sebelum ini memohon pihak berkuasa untuk menyegerakan siasatan serta pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami